Monday, December 7, 2009

Nas Sedakah Dalam al-Quran

Penemuan Di Dalam Al-Quran 43

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 215

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 263

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 267

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 272

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 273

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 274

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 276

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 280

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 8

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 39

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 114

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 3
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 60
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 20
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 98
Dan sebahagian dari orang-orang A'rab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 99
Dan sebahagian dari orang-orang A'rab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 103
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 104
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
Al-Quran > Surah Yusuf> Ayat 88
Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma".
Al-Quran > Surah Ar-Ra'd> Ayat 22
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;
Al-Quran > Surah Ibrahim> Ayat 31
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 75
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, samada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 90
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 26
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 28
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
Al-Quran > Surah Saba'> Ayat 39
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Al-Quran > Surah Faatir> Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Al-Quran > Surah Al-Hadiid> Ayat 7
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.
Al-Quran > Surah Al-Hadiid> Ayat 10
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
Al-Quran > Surah As-Saff> Ayat 11
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Al-Quran > Surah Al-Munaafiquun> Ayat 10
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
Al-Quran > Surah Al-Insaan> Ayat 9
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
Al-Quran > Surah Al-Lail> Ayat 20
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
Al-Quran > Surah Adh-Dhuha> Ayat 10
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

Sunday, November 22, 2009

Ibadah Zakat

Assalamualaikum w.b.t.,

The title is specially dedicated to fellow muslims visitor and friend. It is good time to make some revision on our fourth Islamic Principle that is "Ibadah Zakat".
----------
Bulan Zulhijjah telah bermula, maka tidak lama lagi kita akan menyambut Awal Hijrah - Bulan Muharam 1431H, secara tidak langsung bulan  ini  adalah masa yang sangat sesuai  untuk kita mula menaksir zakat-zakat yang diwajibkan ke atas kita sebelum berakhirnya kalendar 1430H. Sama-sama kita mengulangkaji tuntunan berzakat ini.

Rujukan sepenuhnya dari MAMPU (Islam Grid).
(Maklumat jenis-jenis zakat dan nisab - PPZ-MAIWP)
Firman Allah Taala:

 وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ.
"Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan apa jua yang kamu kerjakan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan."(1)
______________________________
1. Ayat 110, Surah al-Baqarah.


Takrif Zakat dan Hikmatnya
Kalimah "zakat" dalam bahasa Arab - antara lain - bermakna: "Bersih suci" dan "kembang subur", yang maksudnya: "membersihkan" dan "mengembangkan".
Menurut istilah syarak pula, zakat ialah: "Nama bagi bahagian yang tertentu dari harta yang tertentu, yang wajib diberikan kepada orang-orang yang tertentu, dengan syarat-syaratnya."(1)
Pengertian kalimah zakat sesuai pula dengan tujuan dan hikmatnya zakat itu disyariatkan.  Hakikat ini diterangkan oleh Allah Taala dengan jelasnya di dalam al-Qur'an:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا..
"Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengan itu engkau bersihkan mereka (dari dosa) dan engkau sucikan mereka (dari akhlak yang buruk) .." (2)
Dengan ini nyatalah bahawa tujuan atau hikmah zakat itu diwajibkan ialah untuk membersihkan orang-orang kaya dan perasaan bakhil kedekut dan membersihkan orang-orang fakir miskin dan perasaan dendam dan hasad dengki terhadap orang-orang yang hidup mewah.  Malah untuk membersihkan masyarakat umumnya, dari segala kekacauan dan huru-hara yang akan timbul dan golongan yang tidak puas hati yang merasa dirinya tidak mendapat pembelaan.
Jelasnya, tujuan amalan zakat ialah untuk membentuk masyarakat adil.  Golongan yang senang menolong golongan yang susah dan sebaliknya golongan yang susah mengasihi golongan yang senang.
______________________________
1. Mughni al-Muhtaj (1:268).
2. Ayat 103, Surah al-Taubah.


Zakat juga membersihkan harta daripada perkara-perkara yang merosakkannya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
74- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَدَّى زَكَاةَ مَالِهِ ذَهَبَ عَنْهُ شَرُّهُ. (رواه الطبراني)
74- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Tabrani dan lain-lainnya)
Yakni dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dan hak fakir miskin dan lain-lain golongan yang diwajibkan padanya, jika tidak maka harta itu akan punah ranah dan tuannya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan akhirat.
______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:330). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim.  (Al-Targhib, 1:519).


Sebab itu ditegaskan lagi dalam hadith yang berikut:
75- عَنْ الْحَسَنِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَصِّنُوا أَمْوَالَكُمْ بِالزَّكَاةِ. (رواه أبو داود في المراسيل)
75- Dari al-Hasan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-benteng zakat .."(1)
(Hadith Mursal - Riwayat  Abu Daud)
Yakni keluarkanlah zakat,  kerana zakat itu menjadi benteng yang kukuh yang menyelamatkan harta benda kamu dari segala apa jua yang merosakkannya.
Selain daripada "membersihkan" pengeluarnya dan sifat-sifat yang keji (seperti sifat bakhil kedekut dan mementingkan diri), zakat juga "mengembangkan" harta yang dikeluarkan zakatnya - menjadi harta yang berkat dan pengeluarnya pula mendapat pahala yang berlipat ganda.
Hakikat ini dijamin oleh Allah di dalam al-Qur'an dengan firman-Nya:
.. وَمَا ءَاتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ.
" .. dan (sebaliknya) sesuatu pemberian sedekah dan zakat yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala yang berganda-ganda."(2)
Dan firman-Nya lagi:
يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ..
"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya .." (3)
______________________________
1. Al-`Ibadah fi al-Islam (259) dan al-Targhib (1:520).
2. Ayat 39, Surah al-Rum.
3. Ayat 276, Surah al-Baqarah.


Asal Mulanya Zakat Diwajibkan
Pada mulanya zakat diwajibkan di Mekah al-Mukarramah dalam zaman permulaan Islam, seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat al-Qur'an yang di turunkan pada masa itu. Tetapi perintah wajibnya adalah secara umum,  tidak di terangkan jenis-jenis harta benda yang diwajibkan zakatnya dan jumlah yang wajib dikeluarkan. Soal itu hanya diserahkan kepada timbang rasa orang-orang Islam dan kemurahan hatinya.(1)
Setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah al-Munawwarah dan setelah terbentuknya umat Islam dan negara Islam,  maka pada tahun yang kedua hijriyah disyariatkan zakat dalam bentuk yang lengkap sempurna dengan menerangkan jenis harta benda yang diwajibkan zakatnya, jumlah yang wajib dikeluarkan,  orang yang berhak menerimanya dan lain-lain lagi satu persatu.
Dalil wajibnya ditegaskan berulang-ulang di dalam al-Qur'an. Di antaranya ayat-ayat berikut:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ.
"Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasulullah,  supaya kamu beroleh rahmat. "(2)
Malah dalam al-Qur'an perintah "mengeluarkan zakat" selalu sahaja disebut berpasangan dengan perintah "mendirikan sembahyang".
Penegasan ini terdapat dalam lapan puluh dua ayat. (3)
______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:328) malah petintah zakat telah juga disampaikan oleh nabi-nabi yang telah lalu kepada umat masing-masing seperti yang diterangkan di dalam al-Qur'an - dalam ayat-ayat: 83 Surah al-Baqarah, 12 Surah al-Maidah, 31 dan 52 Surah Maryam, 73 Surali al-Anbiya' dan 4- 5 Surah al-Baiyyinah (Al-Ibadah fi al-Islam, 235).
2. Ayat 56, Surah al-Nur.
3. Fiqh al-Sunnah (1:327).


Di dalam hadith pula, zakat ditegaskan menjadi salah satu "Rukun Islam". Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
76- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)
76- Dari Ibn Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun) , iaitu: Mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruh Allah,  mendirikan sembahyang,  memberi zakat,  berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:177).

Ditegaskan lagi dalam hadith yang berikut:
77- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ. (رواه البخاري)
77- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada Mu'az (1) bin Jabal ketika Baginda mengutusnya ke negeri Yaman:  "Engkau wahai Mu'az akan sampai kepada suatu kaum (yang terdapat di antaranya golongan) ahli kitab (2), kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mengucap dua kalimah syahadat dengan meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah.  Jika mereka mematuhi seruanmu itu, maka khabarkanlah bahawa Allah Taala telah fardhukan atas mereka lima sembahyang pada tiap-tiap hari dan malamnya. Jika mereka mematuhi seruan mu itu, maka khabarkanlah bahawa Allah Taala telah fardhukan atas mereka zakat yang diambil daripada orang-orang mereka yang kaya untuk diberikan kepada orang-orang mereka yang miskin.  Jika mereka mematuhi seruanmu itu. Maka awaslah (semasa mengambil zakat) janganlah engkau mengambil harta benda mereka yang sangat-sangat bernilai dan jagalah dirimu daripada (berlaku zalim supaya engkau tidak ditimpa bencana di sebabkan) doa orang-orang yang teraniaya, kerana doanya itu (tetap makbul), tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangnya daripada dikabulkan oleh Allah. "(3)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Kesimpulan hadith ini, antara lain:
(1) Semasa menyiarkan Islam, hendaklah menerangkan lebih dahulu perkara yang asasi yang tersimpul dalam dua kalimah syahadat. 
(2) Cara penyampaian dakwah, hendaklah menerangkan satu masalah dahulu, setelah mereka memahaminya, baharulah ia menerangkan masalah yang lain.
(3) Orang-orang Islam yang berharta diwajibkan mengeluarkan zakat hartanya untuk keperluan orang-orang Islam yang miskin dalam masyarakatnya.
(4) Pemerintah Islamiah yang bertanggungjawab memungut zakat dengan perantaraan pegawai-pegawai dan 'amil-'amilnya, kerana dengan cara yang demikian, zakat yang menjadi salah satu rukun Islam untuk membentuk masyarakat adil - dapat dipungut dengan sempurna dan dibahagikan dengan sempurna. 
(5) Zakat yang dipungut dalam sebuah wilayah hendaklah dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dalam wilayah itu juga, tidak boleh dibawa ke tempat lain.(4)
(6) Semasa memungut zakat,  'amil-'amil dilarang memilih harta benda yang sangat-sangat bernilai dan mengambilnya sebagai habuan zakat, kerana perbuatan yang demikian sudah tentu akan menimbulkan kemarahan tuan punya harta itu dan dipandang sebagai perbuatan yang zalim. 
(7) Pegawai-pegawai pemerintah diarahkan supaya menjaga diri daripada berlaku zalim kepada rakyat jelata, kerana perbuatan yang demikian bukan sahaja dimurkai Allah dan buruk padahnya bahkan orang yang teraniaya itu pula tidak akan berdiam diri, sekurang-kurangnya ia akan berdoa merayu kepada Allah Azza wa Jalla untuk mendapat pembelaan dan doanya itu sangat makbul.
______________________________
1. Mu'az diutus oleh Baginda ke negeri Yaman pada tahun yang ke sepuluh hijriyah, sebagai ketua wilayah, qadhi dan guru agama menjalankan dakwah Islamiyah, (Al-Taj al-Jami' lil Usul,  2:3).
2. Yakni oleh kerana ada di antara penduduk negeri Yaman yang menganut agama Yahudi dan Nasrani maka cara menghadapinya tidaklah sama dengan cara menghadapi golongan yang lain, oleh itu bersedialah untuk menangkis hujah-hujah mereka semasa engkau menyeru mereka memeluk Islam. 
3. Al-Taj al-Jami' lil Usul (2:3).
4. Dalam masalah ini Imam Malik dan Imam al-Syafi`i rahimahullah mengatakan: Tidak harus zakat itu dibahagikan melainkan kepada fakir miskin di wilayah itu. Sebaliknya Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, mengatakan zakat itu boleh dipindahkan,  tetapi makruh kerana sebagaimana yang sedia diketahui, Rasulullah s.a.w. pernah mengarahkan supaya zakat yang telah dipungut daripada orang-orang Arab penduduk desa dibawa ke Madinah dan Baginda membahagikan kepada golongan fakir miskin dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar. (Ibanat al-Ahkam, 2:282).

Fadhilat Zakat Dan Kelebihannya
Orang-orang yang menunaikan zakat beroleh sebaik-baik balasan.  Ini ditegaskan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ.
"Dan orang-orang yang beriman,  lelaki dan perempuan,  setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyeru berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,  sesungguhnya Allah Maha Kuasa,  lagi Maha Bijaksana. "(1)
Yakni golongan yang diberkati Allah dan dilimpahi dengan rahmatNya ialah golongan yang beriman kepada Allah dan bertolong bantu sesama sendiri, yang menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan jahat dan yang mengikat hubungannya dengan Allah:  Dengan amalan sembahyang, serta menguatkan hubungannya dengan masyarakat: Dengan pemberian zakat. (2)
______________________________
1. Ayat 71, Surah al-Taubah.
2. Fiqh al-Sunnah (1:329).

Di dalam hadith pula ditegaskan seperti berikut:
78- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَا خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ مَا مِنْ عَبْدٍ يُصَلِّي الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ وَيَصُومُ رَمَضَانَ وَيُخْرِجُ الزَّكَاةَ وَيَجْتَنِبُ الْكَبَائِرَ السَّبْعَ إِلَّا فُتِّحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَقِيلَ لَهُ ادْخُلْ بِسَلَامٍ. (رواه النسائي وغيره)
78- Dari Abu Hurairah dan Abu Said r.a., katanya: Dalam khutbahnya kepada kami, Rasulullah s.a.w. bersabda: " .. mana-mana orang yang mengerjakan sembahyang yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan,  mengeluarkan zakat dan menjauhi dosa-dosa besar yang tujuh(1), melainkan di bukakan baginya pintu-pintu Syurga,  serta di katakan kepadanya: Dipersilakan masuk dengan selamat sejahteranya".(2)
(Hadith Sahih - Riwayat Nasa`i dan lain-lainnya).
______________________________
1. Menurut hadith (Bukhari), dosa-dosa besar yang tujuh itu ialah: Melakukan syirik terhadap Allah,  melakukan sihir,  membunuh orang, memakan riba,  memakan harta anak yatim,  melarikan diri dalam perjuangan perang sabil dan menuduh perempuan-perempuan Islam yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan - (dengan tuduhan yang mencemarkan nama baiknya).
2. Al-Targhib wa al-Tarhib (1:515).


Balasan Buruk Bagi Orang-Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat
Sebagaimana orang-orang yang mengeluarkan zakat dijanjikan dengan sebaik-baik balasan,  maka orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat diberikan amaran yang sekeras-kerasnya dan dijanjikan dengan azab siksa yang sungguh ngeri dan menggerunkan.
Antara lain, ditegaskan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ.
يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ.
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah,  maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
"Iaitu pada hari dibakar emas,  perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang badan mereka (sambil dikatakan kepada mereka); inilah apa yang telah kamu simpan untuk (kepentingan) diri kamu sendiri; oleh itu rasalah (azab siksa dari) apa yang kamu simpan itu."surah al-Taubah.
Mengumpulkan harta yang banyak tidaklah salah, tetapi yang salah ialah mengumpulkan harta benda dengan tidak mengeluarkan zakat yang diwajibkan Allah atasnya.">(1)
Ditegaskan lagi:
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا ءَاتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ..
"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dan kemurahan-Nya menyangka: Bahawa sikap bakhil itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan disiksa dengan dikalung dan dibelitkan badan mereka dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak .."(2)
______________________________

1. Ayat-ayat 34, surah al-Taubah.
Mengumpulkan harta yang banyak tidaklah salah, tetapi yang salah ialah mengumpulkan harta benda dengan tidak mengeluarkan zakat yang diwajibkan Allah atasnya.
2. Ayat 180, Surah Ali-Imran.

Diterangkan pula di dalam hadith seperti berikut:
79- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ صَاحِبِ ذَهَبٍ وَلَا فِضَّةٍ لَا يُؤَدِّي مِنْهَا حَقَّهَا إِلَّا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ صُفِّحَتْ لَهُ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ فَأُحْمِيَ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَيُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبِينُهُ وَظَهْرُهُ. (رواه مسلم)
79- Dari Abu Hurairah r.a.h., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana tuan punya emas dan perak yang tidak mengeluarkan zakatnya, melainkan akan disediakan baginya pada hari kiamat:  Keping-keping leburan dari api, lalu leburan itu dibakar di dalam neraka jahannam, kemudian diselar dengannya rusuknya, dahinya dan belakang badannya ..".(1)
Hadith Sahih Riwayat Muslim
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (7:64).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
80- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ ثُمَّ تَلَا لَا يَحْسِبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ الْآيَةَ. (رواه البخاري)
80- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang diberikan Allah harta benda, kemudian ia tidak menunaikan zakatnya, (maka hartanya itu) akan menjadilah baginya pada hari kiamat sebagai seekor ular jantan yang licin berkilat kepalanya (kerana bisanya) dan mempunyai dua tanda hitam (di atas kedua keningnya). Ular itu akan membelit badannya pada hari itu, kemudian mematuk-matuknya lalu berkata kepadanya: "Akulah hartamu, akulah hartamu yang engkau tidak keluarkan zakatnya". "Setelah itu Baginda membaca ayat (1):
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ ..
hingga akhirnya.(2)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
Di dalam beberapa hadith yang lain diterangkan: Bahawa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat binatang ternakan,  sama ada unta atau lembu atau pun kambing, maka ia pada hari kiamat kelak akan dipijak-pijak, digigit dan di tanduk oleh binatang-binatang ternakan itu.
______________________________
1. Ayat 180, Surah Ali-Imran.
2. Fath al-Bari (4:11).

Selain daripada balasan buruk di akhirat, orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat hartanya akan ditimpa bencana di dunia.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
81- عَنْ بُرَيْدَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مَنَعَ قَوْمٌ الزَّكَاةَ إِلَّا ابْتَلَاهُمُ اللَّهُ بِالسِّنِينَ. (رواه الطبراني)
81- Dari Buraidah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sesuatu kaum yang menyekat (dan tidak mengeluarkan) zakat hartanya, melainkan mereka ditimpakan Allah dengan kebuluran dan kepapaan. "(1)
(Riwayat Tabrani)
______________________________
1. Al-Targhib wa al-Tarhib (1:543), perawi-perawi hadith ini adalah orang-orang yang dipercayai.


Ditegaskan lagi dalam hadith berikut:
82- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَلِفَ مَالٌ فِي بَرٍّ وَلَا بَحْرٍ إِلَّا بِحَبْسِ الزَّكَاةِ. (رواه الطبراني)
82- Dari Umar al-Khattab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak binasa sesuatu harta benda, sama ada di darat atau di laut, melainkan disebabkan harta itu tidak dikeluarkan zakatnya."(1)
(Hadith Gharib - Riwayat Tabrani)
Selain daripada yang disebutkan itu, kisah Tha'labah yang berlaku dalam zaman yang lalu menjelaskan lagi setakat mana buruknya bencana di dunia yang akan menimpa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat
Menurut riwayatnya(2): Tha'labah ialah seorang penduduk Madinah yang hidup dalam zaman Rasulullah s.a.w.
Pada suatu hari, Tha'labah merayu, supaya Baginda mendoakan baginya semoga Allah Ta'ala memberinya harta kekayaan sehingga ia senang dan mewah.
Mendengar permintaannya itu, Baginda menyuruhnya bersyukur dengan apa yang ada, kerana mungkin ia akan menyeleweng dan lupa daratan setelah ia menjadi kaya raya.
Tha'labah merayu lagi kepada Baginda sambil bersumpah,  bahawa ia akan mengeluarkan sebahagian dan hartanya untuk membantu fakir miskin dan orang-orang yang berhak mendapat bantuan.
Akhirnya Baginda berdoa ke hadrat Ilahi semoga Tha'labah diberi kemewahan sehingga ia menjadi seorang hartawan.
Tha'labah pun membela kambing, lalu kembang biaklah kambingnya itu sehingga ia terpaksa berpindah ke sebuah wadi (tanah lembah) di luar bandar Madinah.
Semenjak itu, Tha'labah yang biasanya mengerjakan sembahyang lima waktu dengan berjamaah bersama Baginda, hanya sempat mengerjakan dua waktu sahaja - Zuhur dan Asar.
Kemudian kambingnya bertambah biak lagi dan ia pula berpindah ke tempat yang terpencil jauh sehingga dia tidak dapat mengerjakan sembahyang yang lima dengan berjamaah bersama-sama Baginda kecuali sembahyang Jumaat dan akhimya sembahyang Jumaat juga ditinggalkan.
Oleh kerana Tha'labah telah lama tidak kelihatan, lalu Baginda bertanya khabar beritanya. Setelah diketahui beritanya, murkalah Baginda sambil menyebut berulang-ulang akan akibat buruk yang akan menimpa Tha'labah.
Kebetulan pada ketika itu turun perintah Allah Taala mengenai zakat,  lalu baginda mengutuskan dua orang pegawainya memungut zakat dengan membawa surat Baginda yang menerangkan jenis-jenis harta benda yang diwajibkan zakatnya. Mereka juga diperintahkan supaya singgah ke tempat Tha'labah mengambil zakat binatang ternaknya dan mengambil zakat dari seorang lagi yang tinggal tidak jauh dari situ. Orang itu dikenal dengan nama "Al-Salmi".(3)
Setibanya mereka ke tempat Tha'labah dan setelah mereka mengenalkan diri sebagai pemungut zakat dan membacakan surat Baginda kepadanya. Tha'labah berbuat-buat tak faham sambil merungut dengan mengatakan bahawa zakat yang dikenakan itu sama sahaja dengan cukai kepala jizyah), kemudian Tha'labah meminta mereka datang sekali lagi ke tempatnya sekembalinya mereka dari tempat lain.
Lain pula halnya al-Salmi. Sebaik-baik sahaja ia mendengar kedatangan utusan Rasulullah s.a.w., segeralah ia memilih dan mengasingkan beberapa ekor binatang ternakan yang gemuk-gemuk untuk dijadikan zakat lalu diserahkannya kepada mereka.
Melihatkan kejujurannya yang demikian, mereka menerangkan kepadanya bahawa ia tidak diwajibkan memilih binatang ternaknya yang gemuk-gemuk untuk dijadikan zakat,  (tetapi cukuplah yang sederhana keadaannya - asalkan tidak sakit atau cacat) dan kerana itu mereka keberatan hendak menerimanya.
Tetapi al-Salmi mendesak mereka mengambilnya sambil berkata:  Bahawa ia sengaja memilih hartanya yang sebaik-baiknya dan memberikannya dengan sukarela dan ikhlas.
Mereka pun mengambilnya dan meneruskan perjalanan memungut zakat ke tempat lain sebagaimana yang ditugaskan dan sekembalinya mereka singgah sekali lagi untuk memungut zakat dari Tha'labah.
Tha'labah masih juga berdalih dan akhirnya dia meminta mereka pergi kerana dia hendak berfikir dahulu.
Kembalilah mereka ke Madinah membawa zakat yang telah dipungut dan juga membawa berita Tha'labah yang enggan membayar zakatnya.
Sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ketibaan 'amil-'amilnya itu dan sebelum Baginda bertanya mereka, kedengaran Baginda menyebut bahawa Tha'labah akan menerima balasan yang seburuk-buruknya. Sebaliknya Baginda berdoa: Semoga al-Salmi (dan pembayar-pembayar zakat yang lain) diberkati Allah dan dimewahkan rezekinya.
______________________________

1. Kitab yang sama (1:542).
2. Sebagaimana yang terkandung dalam hadith riwayat Tabrani dan lain-lainnya. (Tafsir al-Alusi, 10:127). Dan (Tafsir al-Zamakhsyari, 2:292) dan juga dihuraikan oleh Fadhilah al-Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Hamid, Mekah Al-Mukarramah, dalam tulisannya: Al-Zakat, Faridhah al-Takaful al-Ijtima`i.
3. Tidak diterangkan namanya sebenar, tetapi kerana ia dari suku Arab, 'Bani Salim' ia disebut dengan panggilan:  'Al-Salmi'.


Setelah 'amil-'amil itu menyampaikan kepada Baginda apa yang telah dilakukan oleh Tha'labah dan apa yang dilakukan oleh al-Salmi, turunlah firman Allah Taala mengenai peristiwa itu:
وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ ءَاتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ.
فَلَمَّا ءَاتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ.
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ.
"Dan di antara mereka ada yang telah berjanji kepada Allah (dengan berkata): "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. "'
"Kemudian setelah Allah memberikan mereka dan limpah kurnia-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janji mereka dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
"Akibatnya: Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka - berkekalan hingga masa mereka menemui Allah kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta."(1)
Setelah Tha'labah diberitahu oleh seorang kerabatnya, bahawa beberapa ayat al-Qur'an telah diturunkan Allah mengenainya, gementarlah ia lalu berkejar mengadap Rasulullah s.a.w. dan memohon hendak membayar zakatnya. Tetapi permohonannya ditolak oleh Baginda dengan bersabda: "Aku dilarang oleh Allah Taala menerima zakatmu".
Tinggallah Tha'labah dalam keadaan sesal dan merana, tetapi sesal kemudian tidak berguna, tinggallah dia sebagai seorang yang dimurkai sehinggalah Rasulullah s.a.w. wafat.
Zakatnya juga telah ditolak oleh Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Uthman r.a. dalam zaman pemerintahan masing-masing.
Demikianlah halnya sehinggalah ia mati dalam zaman Saiyidina Uthman r.a.,
______________________________
1. Ayat 75, 76 dan 77, Surah al-Taubah.


Hukum Orang Yang Enggan Membayar Zakat
Oleh kerana zakat telah sedia diketahui oleh umat Islam umumnya sebagai salah satu perkara agama yang diwajibkan,  bahkan salah satu "Rukun Islam", maka orang yang mengingkari wajibnya menjadilah murtad - terkeluar dari Islam, kecuali kalau ia seorang yang baharu memeluk Islam,  maka ia tidak dihukum demikian disebabkan kejahilannya.
Sebaliknya kalau orang yang enggan membayar zakat itu - tetap beriktikad tentang wajibnya, maka ia dikira berdosa besar dan pemerintah Islam bertanggungjawab mengambil zakat dengan paksa daripadanya serta menghukumnya - dengan dita'zirkan.
Kalau pula orang enggan membayar zakat itu satu kumpulan ramai bilangannya dan kuat pertahanannya tetapi mereka tetap beriktikad tentang wajibnya, maka pemerintah Islam bertanggungjawab memerangi mereka sehingga mereka tunduk menyerah dan membayar zakatnya.
Hukum ini berdasarkan keterangan-keterangan yang berikut:
Pertama: Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan:  Bahawa Baginda diperintahkan oleh Allah Taala supaya memerangi orang-orang yang tidak melaksanakan beberapa perintah agama yang menjadi "Rukun Islam" di antaranya ialah "Memberi zakat".
Kedua:    Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lainnya, dari Abu Hurairah r.a., bahawa khalifah Islam yang pertama - Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a., telah mengerahkan tentera Islam memerangi beberapa kaum yang enggan membayar zakat. (1)
______________________________
1. Fiqh al-Sunnah (1:333)

Saturday, November 14, 2009

Maaf Dari Surga!!!

Mungkinkah gangguan- gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka.

 Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakkan mereka menemui kecelakaan.

Buku novel "Maaf Dari Surga" karangan Faisal Tehrani, Penerima Anugerah Seni Negara cukup menggamit hati kita untuk mengetahui apa punca berlaku gangguan sedemikian. Boleh habis membaca dalam tempoh sejam, ini sudah cukup bagus dengan jumlah muka surat 174 semuanya.

Buku ini sebenarnya saya perolehi sebagai hadiah/cenderamata dari al-Ameen setelah menyertai program
pelaburan kurban dengan Al-Ameen Serve (http://secure.alameenserve.com/korbanaqiqah/borang.php?program=Korban&step=1). Pelaburan RM225.00 untuk 1 bahagian lembu kurban di Kemboja menerima keuntungan sebanyak RM16 harga buku "Maaf Dari Surga". Jika dikira keuntungan duniawi sudah sebanyak 7.11%. Keuntungan yang dijanjikan Allah s.w.t sudah pasti lebih hebat.

Jom, sama-sama kita kejar pelaburan bulan zulhijjah. Link ke program kurban sila (klik sini).

Wassalam.

Thursday, November 12, 2009

Filter Email Dengan Hotmail

Ikutlah panduan langkah ini, kaedahnya sama dengan Yahoo! Mail. Hanya Kedudukan Option berbeza. Disamping anda boleh create folder semasa menyediakan filter.

Langkah-langkah:
1. Sign in to the Windows Live Hotmail website with your Windows Live ID ( The user name and password that you use to sign in to any Windows Live, MSN, or Office Live sites and services. If you have a Passport Network, Hotmail, or Messenger account, you can use it as your Windows Live ID. ) .

2. On the Action bar, click Options, and then click More options. (Di sebelah kanan atas)
3. Di dalam senarai Customize your mail, click Automatically sort e-mail into folders.
4. Click New filter.
5. Follow the on-screen instructions to specify which messages you want to filter and where you want to filter them, and then click Save. Kaedah sama dengan Yahoo! Mail dimana klik drop down menu, pilih subject contains  taipkan kod unik seperti RG09 atau sebagainya, kemudian pilihlah folder mana nak letak atau dekat new folder, masukkan folder yang anda hendak create.

Edit a filter

1. Sign in to the Windows Live Hotmail website with your Windows Live ID ( The user name and password that you use to sign in to any Windows Live, MSN, or Office Live sites and services. If you have a Passport Network, Hotmail, or Messenger account, you can use it as your Windows Live ID. ) .
2. On the Action bar, click Options, and then click More options.
3. Under Customize your mail, click Automatically sort e-mail into folders.
4. Next to the filter that you want to edit, click Edit.
5. Follow the on-screen instructions to specify which messages you want to filter and where you want to filter them, and then click Save.

Delete a filter

1. Sign in to the Windows Live Hotmail website with your Windows Live ID ( The user name and password that you use to sign in to any Windows Live, MSN, or Office Live sites and services. If you have a Passport Network, Hotmail, or Messenger account, you can use it as your Windows Live ID. ) .
2. On the Action bar, click Options, and then click More options.
3. Under Customize your mail, click Automatically sort e-mail into folders.
4. Next to the filter that you want to delete, click Delete.
5. Click Yes.

Langkah Satu per Satu Mengaktifkan Filter Kes Yahoo! Mail

Untuk mengaktifkan “filter” dan mengalihkan email-email tertentu ke “folder”, hendaklah dibuat perangkap dengan memerangkap satu rujukan asas sesuatu email dengan satu arahan. Langkah-langkah:


  1. Langkah pertama.

Buatkan folder berdasarkan keperluan anda sebagai contoh. Respeks, Mahligai, Myherba, myMASJID, Email Abang, Cayangku, Topeng atau sebagainya.

Dalam bahagian folder, klik “Add” dan buatlah seberapa banyak folder yang diperlukan berasaskan kumpulan yang hendak diasingkan.




 2. Langkah kedua

 Kenal pasti kod rujukan yang hendak diperangkap samada berasaskan “From”, “Subject” atau sebagainya. Biasanya untuk Yahoo_Group, perangkap berasaskan subjek lebih mudah kerana setiap kumpulan akan meletakkan nama unik bagi kumpulan masing-masing.

 Dalam panduan ini dua (2) contoh akan diberikan.  perangkap akan dibuat berdasarkan  huruf/perkataan (i) subjek:  RG09 dan (ii) from: Topeng


Perhatian: Sila catat huruf atau perkataan untuk dirujuk.





3. Langkah ketiga  



  
4. Langkah keempat

 

5. Langkah kelima  





6. Langkah keenam 

 
Untuk kes, membuat filter untuk group respeks, seperti mana yang dinyatakan sebelum ini kod unik sebagai rujukan pada “subject” adalah RG09, begitu juga kalau Topeng Perak, kod unik di “from” adalah Topeng yang kita catat sebelum ini di Langkah Kedua.



 
Isikan “Filter Name” dengan RG09 (nama rujukan), “subjek contains” RG09 kemudian klik “scrow down – move message to” pilih folder yang sudah dibuat dalam Langkah Pertama sebelum ini, dalam kes ini Respeks. Yang lain tinggalkan kosong. Jika anda mengisi juga arahan yang lain pada filter yang sama, kebarangkalian untuk arahan tidak dilakukan sangat tinggi kerana arahan ini berdasarkan “if all of the following rules are true” maknanya semua mesti benar baru arahan dilakukan.

Begitu juga untuk filter yang lain seperti kes filter Topeng.

Klik “Add” isikan seperti di bawah, di “From header” isikan Topeng, kemudan “Then” “Move the messge to” klik “folder” yang bersesuaian kemana anda hendak pindahkan mail berkenaan.



 Jika ada email dari orang-orang tertentu atau group tertentu yang anda tidak mahu membacanya, anda boleh hantarkan terus ke “Thrash Folder.


 7. Langkah ketujuh

Setelah anda sudah tambah (Add), betulkan (Edit) atau sebagainya,

Klik “Mail Home” untuk kembali semula ke muka surat asal “email” anda.  Atau jika anda di page “add filter” sila cari disebelah atas kanan link “Mail”.



Kesimpulan.


Filter hanya akrif untuk semua email baru. Email lama, anda kena filter  dengan cara manual memindahkan email berkaitan ke folder-folder yang anda telah buat sebelum ini.


Sila beri komen, sekiranya panduan ini dapat membantu anda atau sebaliknya.

Harap dapat membantu.

Wassalam.

Saturday, October 31, 2009

Minyak Pelbagai Guna Morhabshi?????

Benarkah Minyak Morhabshi ini dikatakan boleh membantu merawat penyakit berpunca dari gangguan makhluk halus?? Minyak ini boleh diperolehi di SEPUTIH KAPAS SPA, SG. MERAB.

Rujukan
Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.

Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.

http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"

Layari juga: http://www.morhabshi.com/?id=raz00 , http://ms.wikipedia.org/ (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi.
Antara khasiat yang diperkatakan mampu merawat:
Antara khasiat yang diperkatakan mampu merawat:

histeria
dirasuk syaitan
sihir (buatan orang)
santau
bayi 'diganggu'
bayi 'kembung'
sawan tangis
pusat bayi (agar mudah tanggal)
batuk
lelah/asma
sakit gigi
senak
cirit birit
kanser (luar)
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
kudis
bisul
melecur terkena api atau air/minyak panas
gigitan serangga & binatang bisa
.......................................................................................................