Sebagai ikhtiar, sesungguhnya tiada berlaku sesuatu itu pasti dengan kehendak NYA (Allah s.w.t) juga.
Sambil baca dan picit-picit / urut ibu jari kaki..
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan
dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan
kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan
Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan
bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala
pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian.
Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama
Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama
Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi
mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar
dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah
Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah,
Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki
sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan
segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan,
kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini
dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna,
wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan
dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan.
Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta
segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan
dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin;
wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas
kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang,
wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada
sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak
memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan
kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit
yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan
kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu
maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang
membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha
Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan,
wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai
Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan,
wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang
menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi
pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang
banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai
Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa,
wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang
mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan
sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap
diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai
Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan
kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah
sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif
dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang
bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang
ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat
durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil;
wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan
yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang
memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu
dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang
bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai
Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik
pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah
pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada
Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu
aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya
Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup
dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah
hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan
dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan
segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari
di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang
yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan
dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan
gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya
Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya
orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh
malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian
yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang
tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal,
dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik
Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku
melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan
sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi
pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi
a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke
atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi
Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…
SEJARAH DOA ANGIN AHMAR (dipetik dari
blog .srikasih.)l
Pada
satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan
manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua
makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu
Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar
melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan
kedatangannya.
Lembaga
itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara
lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa
mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia
seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab
kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke
dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia
masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan
sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.
Mendengar
itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan
membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang
dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian
rupa dan melanjutkan umurnya.
Kemudian
Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan
bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar
darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar
tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu
terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila
ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar
kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W
mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu
kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul
Ahmar.
Rasulullah
pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun
berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.
Rasulullah
telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan
mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta
terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar).
Insyaallah.