Assalamualaikum w.b.t,
Berapakah kenaikan petrol tak lama lagi agak-agaknya? Adakah petrol berharga RM2.50 atau RM2.70 seliter. Ada khabar-khabar angin mengatakan sehingga RM3.70. Betul kea? Kalau benarlah khabar-khabar angin ni.... ishhhh....parah perbelanjaan...
Khabar angin juga berlegar subsidi petrol akan diberikan RM300/bulan. Betul kea atau khabar temberang sahaja?
Apa pun tunggu dan lihatlah. Jadi fikir-fikirkanlah, dan semak berita di bawah. Subsidi tenaga akan dikurangkan dari masa ke semasa. Tarif elektrik naik lagi lah gamaknya.
Sama-samalah kita berusaha untuk merubah nasib kita dengan membuat pilihan yang tepat.
--------
Utusan Malaysia : 09/02/2010
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemberian subsidi termasuk di dalam sektor tenaga tidak lagi boleh dikekalkan sebaliknya perlu distruktur semula dan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghapusan subsidi itu akan memberi ruang kebebasan kepada inisiatif swasta dan kuasa pasaran.
Menurut beliau, kerajaan tidak mungkin selama-lamanya mampu memberi subsidi yang lebih dan menawarkan tenaga di bawah harga sebenar.
"Kita (kerajaan) tidak mungkin berupaya untuk terus menanggung subsidi tenaga yang lebih dan murah.
"Kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih baik kepada sumber-sumber negara, tetapi gagal berbuat demikian kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam subsidi,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.
Menurut beliau, pembentukan industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.
"Perlindungan tidak lagi boleh diberikan. Kita perlu adil kepada juara domestik kerana mereka akan menjadi juara serantau dan global
"Kita semua akan mengakui realiti ini dan ia adalah baik untuk semua,'' tambah beliau.
Dalam ucapannya, Najib turut memberitahu, kerajaan sedang dalam proses menggaris institusi, polisi dan prosedur untuk memudahkan pelaburan oleh para pelabur.
"Apa yang kita perlukan bukan sahaja untuk tujuan pelaburan swasta yang nyata tetapi juga yang bukan nyata,'' ujar beliau.
Perdana Menteri berkata, kajian Bank Dunia mendapati 60 hingga 80 peratus negara kaya boleh dikategorikan sebagai aset-aset bukan nyata seperti teknologi hak milik, teknologi intelektual , nama-nama jenama dan institusi.
Tegasnya, Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak aset bukan nyata memandangkan ia begitu kritikal.
"Lihat kepada negara-negara berpendapatan tinggi, perusahaan dan industri bernilai tinggi milik mereka mempunyai pelaburan bukan nyata bernisbah tinggi,'' tambah beliau.
No comments:
Post a Comment