Assalamualaikum w.b.t.,
Sejarah telah menunjukkan berulang-kali peranan yang dimainkan munafikun untuk memutar belitkan ajaran Islam dan menjatuhkan Islam. Di Malaysia juga tidak ketinggalan. Bayangkan lah pencacai-pencacai/munafikun ini melondehkan dan menjatuhkan maruah penjuang-pejuang Islam. Ini tidak bukanlah suatu perkara yang baru, jika Nabi Muhammad S.A.W sendiri difitnah dan dituduh dengan pelbagai tuduhan, apatah lagi seorang insan kerdil biasa yang jauh lebih kecil berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Dalam al-Quran telah menjelaskan golongan munafik ini. Peranan mereka dalam masyarakat Malaysia hari ini jelas bertujuan untuk memporak perandakan ukhuwah umat islam malahan tidak terkecuali yang berpendidikan Islam sendiri juga tidak terkecuali terpengaruh dengan kumpulan munafikun ini.
Saban hari kita lihat berapa banyak sumpah-sumpah palsu, fitnah yang bermaharajalela, tuduhan-tuduhan dan pelbagai perkara berlegar dalam pelbagai ruang media ini. Bayangkan lah berapa banyak dari kalangan kita yang percayakan kepada golongan yang terkenal biadapnya kepada Islam itu sendiri walhal menampilkan diri seolah-olah pejuang Islam yang jati sedangkan diri serta isteri/anak dengan jelas melanggar hukum-hukum islam itu sendiri. Apakah ini bukan menghina Allah s.w.t. dan rasul? Yang menghairankan kenapa masih ada dikalangan kita boleh bersetuju dengan pelbagai pembohongan, penipuan, fitnah, sumpah palsu dan sebagainya?
Adakah kerana mengejar kesenangan dunia dan takut kepada kesusahan hidup kerana Islam maka kita terus menyokong pembohongan dan kekuasaan ini? Tepuk dada tanya iman... Dalam sejarah jika Allah s.w.t. ingin memusnahkan kaum ianya bukan suatu yang sukar seperti mana yang berlaku kepada umat-umat terdahulu.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t., telah menjelaskan perihal munafikun ini seperti yang tersenarai di bawah dalam 29 ayat:
3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan.
(kata dengan mulut yang tiada di dalam hati)
4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah menurunkan, dan rasul", kemudian kamu melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan penghalangan yang keras.
(menghalangi al-Qur’an dengan keras)
4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan.
4:138. Berilah berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang pedih.
(berita gembira kepada orang munafik)
4:140. Dia menurunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa dengan mereka." Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang yang tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.
(menafi dan memperolok-olokkan ayat-ayat Allah)
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
(menipu Allah tanpa disedari; malas untuk bersolat)
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak mendapati bagi mereka sebarang penolong.
(kediaman mereka di akhirat)
8:49. Apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, berkata, "Agama mereka telah menipu mereka"; tetapi sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
9:64. Orang-orang munafik takut jika sebuah surah diturunkan terhadap mereka, yang memberitahu kamu apa yang di dalam hati mereka. Katakanlah, "Berolok-oloklah kamu; sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takuti."
(takut al-Qur'an ada menceritakan mengenai mereka)
9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
9:73. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
(diletakkan kemunafikan ke dalam hati orang yang berjanji untuk bersedekah tetapi tidak melakukannya setelah Allah memberi kepada mereka; sila rujuk 9:75-76)
9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(orang Arab)
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
29:11. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia mengetahui orang-orang munafik.
33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan."
33:24. Supaya Allah membalas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan mengazab orang-orang munafik, jika Dia mengkehendaki, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.
33:48. Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah mempedulikan gangguan mereka, dan kamu percayakanlah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil.
33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang membuat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka menjadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit.
33:73. Supaya Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan; dan supaya Allah menerima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah adalah Pengampun, Pengasih.
48:6. Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
57:13. Pada hari apabila orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, berkata kepada orang-orang yang percaya, "Tunggulah kami, supaya kami dapat meminjam cahaya kamu!" Dikatakan, "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah cahaya!" Dan sebuah dinding diadakan di antara mereka, yang mempunyai sebuah pintu, di dalamnya pengasihan, dan bertentangan dengan yang di luar di mana terdapat azab.
(di akhirat)
59:11. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang munafik, yang berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan mentaati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan menolong kamu.” Dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.
63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.
(kesaksian orang munafik)
63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu menafkahkan kepada mereka yang dengan rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu, kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik tidak memahami.
63:8. Mereka berkata, “Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang perkasa daripadanya akan mengusir orang-orang yang lebih hina”; namun begitu, kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.
66:9. Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang tidak percaya dan orang-orang munafik, dan bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
Saturday, July 2, 2011
Thursday, November 18, 2010
MS EXCELL "Unable to find file"
Assalamualaikum w.b.t.,
This trick might help since it works for me.
--
XL 2007 reference;
See http://support.microsoft.com/kb/211494
Here is a clip from there
To resolve this problem, follow these steps:
In Microsoft Office Excel 2007, click the Microsoft Office Button, and then
click Excel Options.
Click Advanced, and then click to clear the Ignore other applications check
box in the General area.
Click OK.
In Microsoft Office Excel 2003 or earlier versions of Excel click Options,
on the Tools menu.
Click the General tab.
Click to clear the Ignore other applications check box, and then click OK.
After you do this, you should be able to open workbooks by double-clicking
them
This trick might help since it works for me.
--
XL 2007 reference;
See http://support.microsoft.com/kb/211494
Here is a clip from there
To resolve this problem, follow these steps:
In Microsoft Office Excel 2007, click the Microsoft Office Button, and then
click Excel Options.
Click Advanced, and then click to clear the Ignore other applications check
box in the General area.
Click OK.
In Microsoft Office Excel 2003 or earlier versions of Excel click Options,
on the Tools menu.
Click the General tab.
Click to clear the Ignore other applications check box, and then click OK.
After you do this, you should be able to open workbooks by double-clicking
them
Thursday, October 7, 2010
Macaque abducts, bites and drops baby from roof
Assalamualaikum w.b.t.,
Monyet boleh menjadi ganas apabila lapar, bagaimana pula dengan manusia? Cuba bayangkan, seorang insan yang tersepit untuk menyara keluarga di kota-kota kosmopolitan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Apakah daya yang ada apabila iman mula tersingkir:
i) Menyamun?
ii) Menyundal?
iii) Menggelap?
iv) ???? dan ???
Dimana kepimpinan seperti Sayidinna Umar al-Khatab atau Sayidinna Umar Abd. Aziz???
------
Thestar: 8/10/2010
by CHITRA S. NATHAN and LESTER KONG
newsdesk@thestar.com.my
SEREMBAN: In mere minutes, a young woman turned from a happy mother to a grieving one when she lost her four-day-old baby to a wild monkey that was shot dead several hours later.
In the 1.15pm tragedy yesterday, the macaque stole into the living room; snatched the child and fled up the roof of the house. The baby fell to the ground and died.
The mother, V. Revathy, 26, had left her first-born child in the living room of the single-storey house near Taman Happy Garden to use the toilet. The baby’s body was discovered later outside the house with her face and neck badly bitten. She was rushed to the Tuanku Ja’afar Hospital here where she was pronounced dead.

“We frantically searched all over the house and saw her body covered in blood lying outside the house,” he said.
Valayutham added that he had noticed a few monkeys outside the house compound at that time.
The area where the family stayed was sandwiched between two residential areas with a foliage of trees nearby where there were monkeys.
Negri Sembilan Wildlife and National Parks director Ishak Muhamad said the macaque was shot dead at 4pm.
“We suspect the macaque was rummaging for food inside the house. It could have taken the baby to the roof thinking the newborn was food.
“The baby died when it fell to the ground. The monkey had apparently released the newborn, probably because it was alarmed by the parents’ shouts,” Ishak said yesterday.
He added that the parents had called the Fire and Rescue Department at 2.15pm, which immediately contacted the Wildlife and National Parks Department.
“We reached the house at about 3pm and set off with the baby’s father to look for the macaque,” he said.
Ishak said department officers saw the macaque in some bushes several metres from the house at about 4pm.
The macaque was shot when it began to act aggressively.
Ishak added that it was the first such case in the state, and believed the male monkey was attracted by a female kept in captivity as a pet by the family.
“This is very unusual. Normally, these monkeys simply steal food or pluck fruit from the yard,” he said.
The baby’s father, lorry driver V. Neru, 29, who was not at home when the incident occurred, said he could not believe that such a thing could have happened.
“I rushed to the hospital only to be told that she was gone.
“She was our bundle of joy and we were looking forward to spending many happy years with her ... I just cannot believe she’s gone,” he said.
R. Shanty, 35, who lives nearby said it was common to see monkeys in groups of three or four in the area.
“A while back, my pet dog was attacked by these monkeys. Its badly-bitten body was thrown from a tree.
“I really hope the authorities take action and not wait until another life is lost,” she said.
Rahang assemblyman M.K. Arumugam, who visited the family yesterday evening, expressed regret over the incident.
“I have brought this matter up before but sadly no action was taken. I am very disappointed that something like this had to happen before the authorities took notice,” he said.
Related Story:
Macaques can be an aggressive breed, says expert
Wednesday, March 24, 2010
8 Foods that Fight Stress
Assalamualaikum w.b.t.,
Adakah masyarakat kita mempunyai sumber-sumber tempatan yang mempunyai khasiat sama dengan sumber-sumber luar yang boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan? Alangkah bagusnya jika sumber-sumber tempatan diketengahkan untuk kegunaan masyarakat kita sendiri.
--Chow down on eats that tame hunger and reduce anxiety-----
Source: From Yahoo News
Eat It to Beat ItWe all know that tension can wreak havoc on our eating patterns. But the right (healthy!) foods can often help tame mindless munching and cravings and, better yet, actually lower overall anxiety and its symptoms. Eight of our favorites:Dark Chocolate
High in flavonoids, which are lauded for their relaxing properties (chamomile tea is another great source), chocolate also contains phenethylamine, a chemical that enhances your mood. The darker the chocolate, the more healthy substances you're getting in your diet, so look for bars that are 70 percent cacao or higher.
Skim Milk
Turns out that a glass of warm milk really is calming. One study found that women who drank four or more servings of lowfat or skim milk every day were about half as likely to experience stress-related PMS symptoms than those who drank less than one serving a week.
Oatmeal
Carbs help you produce serotonin, a calming hormone that helps fight anxiety's negative effects-which is probably why many of us crave them when we're stressed. Go with the craving and choose healthy sources. Oatmeal is high in fiber, which means that your body will absorb it slowly. In one fell swoop, you'll prolong the serotonin boost, keeping yourself feeling full for longer (and on less) and making sure your blood sugar's in check.
Salmon
Research shows that omega-3 fatty acids-abundant in fish like salmon-can help reverse stress symptoms by boosting serotonin levels, and that an omega-3-rich diet can also help suppress the production of the anxiety hormones cortisol and adrenaline.
Walnuts
They've been shown to help lower blood pressure, which is critical for those whose hearts are already working overtime thanks to high adrenaline levels. In fact, research so strongly backs their health benefits that the U.S. Food and Drug Administration goes so far as to recommend 1 1/2 oz per day.
Sunflower Seeds
A good source of folate, which helps your body produce a pleasure-inducing brain chemical called dopamine.
Spinach
Studies show that magnesium, which you'll find in leafy greens like spinach, improves your body's response to stress.
Blueberries
Their antioxidants counteract the effects of stress hormones like cortisol on your body.
Monday, February 22, 2010
Kematian & Peringatan Untuk Kita Semua
Assalamualaikum w.b.t,
Sisipan menarik dari I luv Islam, untuk peringatan bersama.
Kematian adalah Peringatan tentang tujuan Hidup di dunia yang fana sebagai suatu Persinggahan mencari bekal untuk dibawa ke alam Penantian (Barzakh) menuju alam Abadi (Akhirat). Pelaburan manakah yang dikejar?
-------------------------------------------------------------------------------
Kematian dan Peringatan Untuk Kita Semua
Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.
Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.
Kematian
"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).
Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.
Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.
Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.
Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?
Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?
Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?
"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya" . (al-A’raaf: 34).
Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.
Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.
"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)
Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .
Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).
Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.
Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??
Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).
Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.
Oleh : Ustaz Emran
Sisipan menarik dari I luv Islam, untuk peringatan bersama.
Kematian adalah Peringatan tentang tujuan Hidup di dunia yang fana sebagai suatu Persinggahan mencari bekal untuk dibawa ke alam Penantian (Barzakh) menuju alam Abadi (Akhirat). Pelaburan manakah yang dikejar?
-------------------------------------------------------------------------------
Kematian dan Peringatan Untuk Kita Semua
Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.
Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.
Kematian
"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).
Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.
Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.
Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.
Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?
Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?
Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?
"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya" . (al-A’raaf: 34).
Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.
Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.
"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)
Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .
Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).
Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.
Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??
Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).
Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.
Oleh : Ustaz Emran
Friday, February 19, 2010
Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib
Assalamualaikum w.b.t,
Berapakah kenaikan petrol tak lama lagi agak-agaknya? Adakah petrol berharga RM2.50 atau RM2.70 seliter. Ada khabar-khabar angin mengatakan sehingga RM3.70. Betul kea? Kalau benarlah khabar-khabar angin ni.... ishhhh....parah perbelanjaan...
Khabar angin juga berlegar subsidi petrol akan diberikan RM300/bulan. Betul kea atau khabar temberang sahaja?
Apa pun tunggu dan lihatlah. Jadi fikir-fikirkanlah, dan semak berita di bawah. Subsidi tenaga akan dikurangkan dari masa ke semasa. Tarif elektrik naik lagi lah gamaknya.
Sama-samalah kita berusaha untuk merubah nasib kita dengan membuat pilihan yang tepat.
--------
Utusan Malaysia : 09/02/2010
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemberian subsidi termasuk di dalam sektor tenaga tidak lagi boleh dikekalkan sebaliknya perlu distruktur semula dan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghapusan subsidi itu akan memberi ruang kebebasan kepada inisiatif swasta dan kuasa pasaran.
Menurut beliau, kerajaan tidak mungkin selama-lamanya mampu memberi subsidi yang lebih dan menawarkan tenaga di bawah harga sebenar.
"Kita (kerajaan) tidak mungkin berupaya untuk terus menanggung subsidi tenaga yang lebih dan murah.
"Kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih baik kepada sumber-sumber negara, tetapi gagal berbuat demikian kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam subsidi,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.
Menurut beliau, pembentukan industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.
"Perlindungan tidak lagi boleh diberikan. Kita perlu adil kepada juara domestik kerana mereka akan menjadi juara serantau dan global
"Kita semua akan mengakui realiti ini dan ia adalah baik untuk semua,'' tambah beliau.
Dalam ucapannya, Najib turut memberitahu, kerajaan sedang dalam proses menggaris institusi, polisi dan prosedur untuk memudahkan pelaburan oleh para pelabur.
"Apa yang kita perlukan bukan sahaja untuk tujuan pelaburan swasta yang nyata tetapi juga yang bukan nyata,'' ujar beliau.
Perdana Menteri berkata, kajian Bank Dunia mendapati 60 hingga 80 peratus negara kaya boleh dikategorikan sebagai aset-aset bukan nyata seperti teknologi hak milik, teknologi intelektual , nama-nama jenama dan institusi.
Tegasnya, Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak aset bukan nyata memandangkan ia begitu kritikal.
"Lihat kepada negara-negara berpendapatan tinggi, perusahaan dan industri bernilai tinggi milik mereka mempunyai pelaburan bukan nyata bernisbah tinggi,'' tambah beliau.
Monday, December 7, 2009
Nas Sedakah Dalam al-Quran
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195 |
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 215 |
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245 |
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254 |
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261 |
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262 |
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 263 |
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264 |
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265 |
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 267 |
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268 |
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 271 |
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 272 |
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 273 |
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 274 |
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 276 |
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. |
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 280 |
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). |
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 8 |
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. |
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 39 |
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka. |
Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 114 |
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. |
Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 3 |
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. |
Al-Quran > Surah Al-Anfaal> Ayat 60 |
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. |
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 20 |
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. |
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 98 |
Dan sebahagian dari orang-orang A'rab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. |
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 99 |
Dan sebahagian dari orang-orang A'rab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 103 |
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
Al-Quran > Surah At-Taubah> Ayat 104 |
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? |
Al-Quran > Surah Yusuf> Ayat 88 |
Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma". |
Al-Quran > Surah Ar-Ra'd> Ayat 22 |
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; |
Al-Quran > Surah Ibrahim> Ayat 31 |
Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). |
Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 75 |
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, samada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu). |
Al-Quran > Surah Al-Nahl> Ayat 90 |
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. |
Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 26 |
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. |
Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 28 |
Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. |
Al-Quran > Surah Saba'> Ayat 39 |
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. |
Al-Quran > Surah Faatir> Ayat 29 |
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; |
Al-Quran > Surah Al-Hadiid> Ayat 7 |
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. |
Al-Quran > Surah Al-Hadiid> Ayat 10 |
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan. |
Al-Quran > Surah As-Saff> Ayat 11 |
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). |
Al-Quran > Surah Al-Munaafiquun> Ayat 10 |
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. |
Al-Quran > Surah Al-Insaan> Ayat 9 |
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, |
Al-Quran > Surah Al-Lail> Ayat 20 |
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; |
Al-Quran > Surah Adh-Dhuha> Ayat 10 |
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; |
Subscribe to:
Posts (Atom)